RSS

Author Archives: naqiuddin alfarouq

About naqiuddin alfarouq

servant of Allah swt - da'i for ummat - iium - ambitious scientist - activist - tutor - books, blogging, travelling - health and fitness enthusiast

TANAM SEMULA AZAM ISTIQAMAH

1:58pagi, 5 Shaaban 1443H / 8 Mac 2022. Marang.

Ya Allah…

Peritnya rasa pengalaman satu per satu dalam kehidupanku selama ini.

Segalanya bermula dengan niat & keazaman yang tidak seberapa sangat mantap. Tak kukuh & tak kekal istiqamah di jalannya. Manakan dapat sagu yang dipecahkan ruyong kalau hanya diketuk tidak berulang kali yang acap.

Malam ini aku berfikir. Dalam perniagaan, jadual rutin harian, jadual masa mengajar, kesihatan, hobi kesemua itu perlu digarap kembali dengan sistematik yang istiqamah.

Jika dahulu aku mampu saja siap jadual dan istiqamah melakukannya sebagai rutin. Tapi sekarang aku ingin kembali menjadi orang yang sistematik. Taknak lagi dah berterabur jadual. Lupa itu, lupa ini. Tak kesudahan. Tak kesampaian segala yang dikejar. Tak habis ke penamat apa yang dilakukan itu. Berbeza dengan aku yang dahulu.

Apabila sistematik yang istiqamah dalam melakukannya, insyaAllah Allah sentiasa beri kemudahan untuk selesaikan kaki aku menapak ke gerbang kejayaan.

Dear amir, keep istiqamah! Remain steadfast! Allah sentiasa ada.

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2022 in Uncategorized

 

Penghargaan Ini

2.20pagi.021142/13062021.Rompin

Madah pujangga amatlah mudah,

Ringkas nan padat,

Buatkan ramai hati yang terpikat,

Sekalipun hati yang sudah bertahun terkunci sesat.

Meski hati ini tampak biasa,

Sekali bermadah bukan remeh calangnya,

Kerna madah hati ini bersulamkan kata-kata,

Terpendam lama dengan kejujuran.

Kata yang nista selamanya dicuriga,

Meski sudah bertaubat kesannya bertahan lama,

Tetapi pabila langkah tak selari dengan apa yang diperkata nista,

Mata si jalang bertukar mulia,

Kembali indah apa yang diperkata.

Bukan sebarangan hati dan kata dari hamba ini persembahkan,

Ianya berupa tiada nilai diukur wangnya,

Amat mahal,

Amat kualiti mencanak hebat.

Wahai kekasih insan didamba di hati ini,

Yakini,

Percaya akan kata ini,

Kerna apa yang diperkata ini segalanya benar-benar belaka.

Wahai kekasih dambaan ramai para mata menginginkan,

Selama kamu berada bergelar isteri,

Selama kamu berada bergelar teman sehidup semati hamba,

Liku yang teramat curang, tajam yang meresahkan kesemuanya dilalui hamba dengan tenang,

Bertemankan bahagia sepanjang perjalanan,

Sehingga tiada apa yang memungkinkan hati ini tuk menyesali.

Wahai kekasih dambaan penyejuk dua mata ini selalu,

Hadirmu bak si nujum,

Yang cerdik mengetahui jalan,

Mudah langkah kaki hamba ini melalui denai,

Meski kaca dan paku mungkin di celah dedaun rumput yang panjang menyorok gelap.

Kekasih dambaan kesukaan Tuhan,

Dikau hebat menawan hati hamba…

 
Leave a comment

Posted by on June 13, 2021 in Uncategorized

 

Aku dan Membaca, Menulis

Aku tidak sehebat sasterawan negara. Jauh sekali jika ingin dibandingkan dengan ilmuwan Islam Melayu tanah air ini.

Cuma, aku ingin perkatakan tentang satu perkara.

Zaman sekarang makin mudah nak ‘access’ buku ebook. Bukan social media semata-mata. Beli ebook sebenarnya lagi mudah nak bawa di mana-mana untuk dibaca. Kata orang kita, ‘anytime’ & ‘anywhere’. Kan?

Minat membaca dan menulis tak pernah padam dalam hidupku meskipun sesibukmanapun. Membaca membuatkan daya ingatanku hari ini lebih tajam dari semalam. Membaca membuatkan aku hari ini lebih tahu dari semalam. Membaca membuatkan aku hari ini lebih tunduk dari semalam. Sedang menulis itu aku sedang mencurahkan segala apa yang aku telah baca selama ini. Kusimpulkan untuk pembacaan aku yang aku sedang sambil menulis ketika itu. Juga, untuk sekalian para pembaca di luar sana yang ingin mengambil pembelajaran.

– NA,0130.070542/211220.Rompin.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2020 in Uncategorized

 

BEGITU BESAR NILAI CINTA KEPADAMU, KEKASIH.

Solat sunat nikah, sekitar jam 10.30pagi, bertarikh 26 September 2020.

Mencintaiku sendiri semata,..mengingatkan aku akan sebuah perjalanan hidupku yang telah berlalu semalam. Sekaligus membuatkan aku untuk memperingatkan diri aku hari esok.

Tetapi,
Mencintaimu membuatkan aku untuk hidup tanpa memperingatkan diri aku hari esok. Kerana cintamu melahirkan sebuah kedamaian hari demi hari aku berjalan. Semalam, hari ini dan hari esok. Keprihatinanmu terhadap aku sangat meruntun jiwaku. Sekaligus menjadikan aku kerap tak bosan mencintaimu berkali-kali. – NA, 0109.070542/211220.Rompin.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2020 in Uncategorized

 

Sifat Wajib Bagi Melayu

11:33 pagi.06/12/2020.Rompin.

Memang dah namanya Melayu WAJIB ADA SIFAT HASAD DENGKI & KHIANAT SESAMA SAUDARA SEDARAH DAGING. Wajib tikam belakang. Wajib berpecah. Lepas tersungkur baru cari saudara balik. Kan?

Bermula dari cerita keluarga, ke cerita jiran, ke cerita sahabat seIslam, ke cerita rakan sekerja seIslam, ke cerita pemimpin Islam Melayu.

Ingatkan era pasca 2020 ni dah takda sifat macam ni. Kata penyatuan ummah 🤭

 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2020 in Uncategorized

 

Kata aku untukmu bernama isteri

03:53pagi.06122020.Rompin.

Wahai matahari, teruskan memancar cahaya untuk dedaunan diri ini terus menghijau. Kerana engkau sumberku untuk terus segar hidup & menghidup hijauku.

Wahai rembulan, teruskan menyinar malam hariku. Kerana engkau cantik & mencantikkan mataku.

 
Leave a comment

Posted by on December 6, 2020 in Uncategorized

 

Does It Always be a Sensitive or an Insensitive One?

Friends,

Just wanna conclude that,…

Being a so sensitive will harm you.

Being a so insensitive will harm others.

Be moderate.

As it can balance between your needs & others’ needs.

You can do it.

NA.2215.03111441/25062020.Setiu.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2020 in Uncategorized

 

Sajak ‘Melayu’

Oleh: Osman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat

Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran


Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2020 in Uncategorized

 

Mencari ilham menulis lagi

Korang, kalau aku share tentang pengalaman hidup aku okay tak? Korang suka baca tak penulisan berdasarkan pengalaman?

 
Leave a comment

Posted by on April 5, 2020 in Uncategorized

 

KALAM ANUGERAH ANTARA AKU DAN DIA: Kata Lapan (Perjuangan Bangsa Kita)

Sejarah gemilang yang telah dipelopori oleh nenek moyang kita wajar dijadikan momentum kelancaran kita menobros masa hadapan yang lebih gemilang. Kerana bangsa yang tidak menghargai sejarah bangsanya sendiri, orang lain juga tidak akan menghargainya

NASA, 12:46am.250940/300519.Marang

 
Leave a comment

Posted by on May 30, 2019 in Uncategorized