RSS

Does It Always be a Sensitive or an Insensitive One?

Friends,

Just wanna conclude that,…

Being a so sensitive will harm you.

Being a so insensitive will harm others.

Be moderate.

As it can balance between your needs & others’ needs.

You can do it.

NA.2215.03111441/25062020.Setiu.

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2020 in Uncategorized

 

Sajak ‘Melayu’

Oleh: Osman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat

Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing


Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran


Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2020 in Uncategorized

 

Mencari ilham menulis lagi

Korang, kalau aku share tentang pengalaman hidup aku okay tak? Korang suka baca tak penulisan berdasarkan pengalaman?

 
Leave a comment

Posted by on April 5, 2020 in Uncategorized

 

KALAM ANUGERAH ANTARA AKU DAN DIA: Kata Lapan (Perjuangan Bangsa Kita)

Sejarah gemilang yang telah dipelopori oleh nenek moyang kita wajar dijadikan momentum kelancaran kita menobros masa hadapan yang lebih gemilang. Kerana bangsa yang tidak menghargai sejarah bangsanya sendiri, orang lain juga tidak akan menghargainya

NASA, 12:46am.250940/300519.Marang

 
Leave a comment

Posted by on May 30, 2019 in Uncategorized

 

KALAM CINTA ANTARA AKU DAN DIA: Kata Sembilan (Sentiasa Perbaiki)

 
Leave a comment

Posted by on May 19, 2019 in Uncategorized

 

KALAM CINTA ANTARA AKU DAN DIA: Kata Lapan (Takdir Tak Menyebelahi: Apa Yang Aku Cari Kini Aku Jumpai)

Apa yang terjadi baru-baru ini memang satu kejadian yang sedih. Oh takdir. Maha Besar Engkau, wahai Pencipta tujuh petala langit tujuh petala bumi. Tapi apa yang saya cari inilah salah satu kata-kata yang saya jumpai sebentar tadi cukup menyedarkan saya akan beberapa dapatan. Itupun sambil-sambil scroll media sosial sebelum nak lelapkan mata. Nanti nak sahur pulak.

Ya, ia memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain dalam kotak fikiran saya akhir-akhir ini.

“Apabila hati kita banyak kebaikan hati kita bersih tak dibelit hasutan syaitan, maka hati kita suka pada kebaikan. Tapi apabila hati kita tak suka pada kebaikan, berlawanan lah. Oleh sebab itu, hidayah milik Allah. Kita tidak boleh paksa orang. Jadi, kita buat saja apa yang kita nak buat. Apa yang kita buat ini kita mesti bebas daripada outcomes. Orang terima atau tak terima, it doesn’t matter. Sekarang ni malaikat kat kita (kiri kanan bahu kita) tulis markah kita It doesn’t matter. Yang penting nawaitu kita. Nanti kita kat padang mahsyar kita nampak satu kebaikan kita. Masa tu kita tercari-cari.” (Prof Dr Muhaya Mohamad, 2019)

Apa yang saya belajar daripada kata-kata ini adalah:

1) Sentiasakanlah bersihkan hati dengan banyaknya meletakkan kebaikan di dalamnya. Buanglah keburukan dalam hati kita agar ianya tak mengganggu penilaian mata hati kita terhadap sesuatu. Dalam erti kata lainnya, kita mampu menilai seseorang atau sesuatu benda dengan penilaian yang tepat. Juga, agar kita tidak melulu membuat keputusan mengikut hasutan syaitan atau nafsu hati kita sehingga lupa menyemak kembali ilmu-ilmu yang banyak yang sudah bertakung dalam dada kita yang dari kecil lagi kita mengisinya. Ilmu agama khususnya.

2) Hidayah milik Allah swt. Jika Allah swt mahu seseorang terima kita, dia akan terima kita. Jika tidak, tidaklah juga natijahnya. Itu soal hidayah dari Allah swt yang terus ke hatinya. Allah swt sahaja yang memberi kefahaman kepadanya, bukan manusia. Manusia hanya doa dan usaha. Bersabarlah jika dia masih belum menerima kita. Bersabarlah juga jika dia masih menilai negatif terhadap pilihan kita dan menolak mentah-mentah tanpa dibawa rundingan yang sebaik-baik rundingan. Berdoa. Banyakkan berdoa. Berdoa dalam sabar dengan ketentuan Allah swt aturkan. Moga takdir Allah swt suatu hari nanti menyebelahi kita. Moga hatinya tercuri dek kita yang sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan berdoa.

3) Jangan memikirkan dia yang tak terima kita. Fikirlah malaikat yang sedang mencatat amal kita setiap masa. Biarlah pada pandangan Allah swt itu sentiasa melihat kita ini baik. Jagalah sebaiknya niat di hati selalu.

Saya berdoa untuk diri saya sendiri, untuk keluarga saya, untuknya dan untuk orang sekeliling saya agar Allah swt pasakkan kefahaman kata-kata ini sesudah hidayah (ilmu) ini datang. Dan semoga tidak bergoncang lagi apabila datang lagi ujian yang seakan ini juga berlaku selepas ini.

Allah swt tempat saya bergantung. KepadaNya jua lah urusan hidup saya mesti serahkan secara total, tanpa sedikitpun tangan, lidah dan hati saya ini memandai-mandai mahu mengambil hakNya.

Wahai Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Pengampun. Ampunkan dosa-dosaku dek kerana terlupa akan hal yanh dinyatakan di atas itu.

Bertenanglah, wahai hati. Sentiasa jadikan Allah swt tempat luahan doa dan pengharapan. Dia lah sebaik-baik pendengar dan pemberi rezeki, bahkan bila-bila masa saja Dia mampu memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka. Kerana tiada yang mustahil di sisi Allah swt.

NASA, 02:05pagi.030940/070519.Marang.

 
Leave a comment

Posted by on May 7, 2019 in Uncategorized

 

KALAM KELUARGA ANTARA AKU DAN DIA: Kata Satu (Negara dan Keluarga)

SITUASI NEGARA KITA SAMA SITUASI KEKELUARGAAN

1) Si ayah mengasihi anak dengan beri wang dari kecil (dengan rela berhutang situ sini) hingga dewasa si anak tiada langsung kasihkan si ayahnya, malah menghantar ayahnya ke rumah orang tua. Tidak mahu bersama.

2) Si ayah menyayangi anak dengan berikan ilmu agama dan ilmu yang lain serta kebajikan dan perlindungan yang baik sehingga dewasa bijak mengembang biakkan wang dan kenang jasa ayahnya. Selalu ingin bersama si ayah. Akhirnya kekayaan diselubungi rahmat berpanjangan di sisi keluarga.

Yang mana faham, faham lah ye.

NA..,NT.ND.NP

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2019 in Uncategorized

 

KALAM ANUGERAH ANTARA AKU DAN DIA: Kata Tujuh (Decree)

Should believe in this ayah;

Say: “Nothing will happen to us except what God has decreed for us: He is our Protector”: And on God let the Believers put their trust. (Surah at-Taubah, verse 51)

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2019 in Uncategorized

 

KALAM ANUGERAH ANTARA AKU DAN DIA: Kata Enam (Yang Harus Dijauhi)

Jangan menegur sampai menghina, jangan mendidik sampai memaki, jangan meminta sampai memaksa, jangan memberi sampai mengungkit.

I’m still learning it…

NA..,230319.Marang.

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2019 in Uncategorized

 

KALAM ANUGERAH ANTARA AKU DAN DIA: Kata Lima (Impian dan Kemampuan Diri)

Malam satu Ramadhan ini saya terkenangkan tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan saya sebelum ini yang kononnya lima dan sepuluh tahun akan datang apa yang saya akan jadi (impikan). Kononnya lah.

Ini pengajarannya. Dan ini jugalah nasihat saya untuk para pembaca sekalian;

Hidup kita kebiasaannya bermula dengan azam. Tapi sesetengah ada yang kata impian. Ada yang faham ianya cita-cita. Ada yang rasa ianya wajib kejar. Kesemua itu bagi mereka perjuangan. Perjuangan yang memerlukan usaha kental untuk mendapatkan kesemua itu.

Tetapi kita terlupa akan sesuatu. Yaitu takdir dan kemampuan kita. Kita tidak tahu sesuatu perkara itu takdir atau keputusan melainkan setelah sesuatu perkara itu terjadi. Setelah takdir itu datang barulah kita faham akan kemampuan diri kita pada tahap yang macam mana.

Soalnya, yang mana datang terlebih dahulu antara takdir dan kemampuan?

Itu sebenarnya memerlukan akal dan perbuatan (membuat pilihan) kita yang menyatakan jawapan. Apabila kita terlebih dahulu memilih kemampuan diri dalam ertikata yang lain kita menilai terlebih dahulu setakat mana kemampuan kita sebelum membuat sesuatu perkara, sudah pasti kita rela hati (ikhlas hati) menerima takdir yang terjadi pada selepas itu.

Kenal kemampuan diri,

Terhasil ketenangan hati menerima takdir.

Tapi itulah, kebiasaan kita tak macam tu. Itu yang sakit nak lalui. Termasuklah diri saya yang kerap kali diuji ujian sebegini. Bila terjadi pada diri terus lupa apa yang saya pernah cakap sebelum ini. Kita akan diuji dengan apa yang pernah kita perkatakan selama ini, sehinggalah kita benar-benar beriman. Oleh sebab itu, cuba ambil masa seketika tak kiralah sepuluh minit sehari atau sehari seminggu untuk baca balik penulisan kita atau ingat balik ucapan kita sebelum ini. Jadikan itu sebagai tazkirah kepada diri sendiri. Itu amalan pentazkirahan diri kepada diri sendiri Buya Hamka apabila ditanya sahabatnya akan ‘Kenapa Buya membaca semula buku-buku Buya yang dah tertulis?’.

Oleh sebab itulah, kebanyakan perkongsian/penulisan oleh pendakwah/orang biasa yang diuji terlebih dahulu itu lebih menarik hati mad’u/pembaca/pendengar untuk mengikutu mereka. Ilmu itu yang utama. Tapi jangan lupa, pengalaman itu mahal nilainya.

Apa pula kata anda?

NA..,11:30mlm.010940/050519.Marang.

 
Leave a comment

Posted by on May 5, 2019 in Uncategorized