RSS

Tafsir al-Quran

Assalamualaikum, sebelum itu, saya ingin maklumkan segala updated words dalam page ini adalah secara terus daripada sesi kuliyah dan kelas Tafaqquh Fiddin saya bersama asatizah saya. Moga saya dan kalian sama-sama dapat ambil iktibar dan diberi kecerahan hati atas tiap-tiap tafsiran ayat-ayat al-Quran yang saya update. Segala kesilapan harap maklumkan kepada saya menerusi ruangan comments untuk sama-sama mendapat keberkatan ilmu.

1) Tafsir ayat 4, surah Sajadah, 32:

“Allah telah menciptakan langit dan bumi apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatyikan?”

Mengikut tafisran daripada sepakat para sahabat Rasulullah SAW terdahulu, langit dan bumi tercipta dalam masa enam hari sebagaimana kenyataan Allah SWT di dalam ayat di atas (Manusia diciptakan dalam masa satu hari; Jumaat). Kemudian inilah yang ditafsirkan mereka:

Sabtu- Tanah

Ahad- Gunung

Isnin- Pokok

Selasa- gelap

Rabu- cerah

Khamis- binatang

Jumaat- Manusia

Walaupun tafsiran ini bukan daripada Rasulullah SAW, dibolehkan juga untuk kita ambil kira sebagai penambahan ilmu, bukannya sebagai iktiqad Aqidah.

Rujukan: Kuliyyah Maghrib Ust Dr Daud Ismail, Guru Tafsir al-Quran Masjid (dlm daerah Marang) dan juga merupakan pensyarah UNiSZA.

 

 

Leave a comment